Wednesday, September 25, 2019

PENGENALAN / INTRODUCTION HIP PROGRAMME


NAMA PROGRAM

 Highly Immersive Programme


ANJURAN

Panitia Bahasa Inggeris SK Sungai Raya


PENDAHULUAN


Dalam menuju era globalisasi, penguasaan Bahasa Inggeris amat penting di kalangan masyarakat negara kita terutama sekali bagi warga sekolah khususnya. Selaras dengan dasar NKRA yang mana salah satu daripada teras utamanya adalah untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris di sekolah. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memandang serius dalam meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dikalangan guru dan murid-murid serta komuniti dengan mewujudkan ‘Highly Immersive Programme’ dimana beberapa sekolah dipilih untuk menjadi perintis program pembudayaan Bahasa Inggeris. Untuk membudayakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah, pendedahan terhadap Bahasa Inggeris ini amat penting dan harus dilaksanakan secara konsisten bermula daripada sekolah rendah lagi. Dalam usaha mewujudkan suasana berbahasa Inggeris, pembelajaran bukan sahaja boleh dilaksanakan secara formal di dalam kelas tetapi merangkumi aktiviti-aktiviti yang seronok dan menarik perhatian.


OBJEKTIF

·         Menanamkan minat di kalangan murid, guru dan komuniti terhadap Bahasa Inggeris.
·         Meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di luar kelas formal.
·         Melaksanakan arahan KPM iaitu membudayakan Bahasa Inggeris di kalangan murid, guru serta komuniti sekolah.
·         Membudayakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah.

SASARAN

Warga SK Sungai Raya


TARIKH

Sepanjang tahun

No comments:

Post a Comment